Seorang anggota trafik didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini kerana menerima rasuah bagi melindungi sebuah syarikat pengangkutan, sejak enam tahun lalu.<br /><br />Tertuduh, Mohd Hanif Mohamad, 36 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas enam pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.